KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA.
(¯`·¦·•~Menyambung Warisan, Mengekal Bangsa, Menegak Agama~•·¦·´¯)

Thursday 5 June 2008

GURU UTAMA : ABDUL WAHAB OSMAN (AHMAD SAGARWATI)

Tidak ramai guru silat yang kita dengar menghabiskan masa kanak-kanak, remaja dan usia dewasanya semata-mata untuk menimba ilmu persilatan sama ada di tempat sendiri, merantau ke negeri lain, malah hingga ke negara jiran tetangga. Walaupun, mungkin bilangannya tidak seberapa. Mereka ini adalah merupakan generasi yang benar-benar mahu mempertahankan warisan silat bangsa agar ianya tidak pupus di telah zaman. 


Seorang daripadanya ialah Abdul Wahab Osman, guru utama Seni Silat Gayung Ghaib gadiwat pancapurba Gerakan Sembilan. Beliau mempelajarinya di Ciku Lapan, Kelantan secara memasuki ke alam ghaib dan melakukan amal di sana.Dan situ akan muncul guru yang mengajar silat berkenaan. Mereka yang diterima diajar ilmu persilatan mi adalah mereka yang bersih dan suci dirinya. 



(Beliau menegaskan di sini bahawa setiap pengajaran yang melibat guru ghaib ataupun alam ghaib mestilah berpandukan kepada guru zahir. Jangan sesekali berguru dengan guru ghaib tanpa ada guru zahir sebagai rujukan)
Pak Wahab yang kini berusia dalam Iingkungan 50 tahun mewarisi silat ini selepas berpuluh-puluh tahun menghabiskan masa kanak-kanak, remaja dan dewasanya mempelajari pelbagai jenis silat yang terdapat di Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka dan Surabaya Indonesia.
Pembabitan Pak Wahab dalam dunia persilatan ini bermula sejak berusia 10 tahun lagi apabila beliau mempelajari Silat Sepelet Minangkabau daripada arwah guru utamanya yang bernama Haji Mohamad Abdullah.
“Ketika itu saya merupakan anak angkat Haji Mohamad dan tinggal bersamanya di Kemaman. Di daerah Kemaman ketika itu memang tidak orang lain, beliaulah yang mewarisi turun temurun Silat Sepelet Minangkabau,” katanya.

Selepas dua tahun belajar dengan Haji Mohamad, Pak Wahab merantau ke Negeri Kelantan. Di sana beliau belajar Boxing Siam di Bukit Abbas dengan seorang guru yang terkenal dengan panggilan Daud Boxing Siam. Selepas tamat belajar dengan guru Daud beliau belajar pula dengan seorang lagi guru yang digelar Wahab Kamkam atau Wahab Cincaluk. Ketika itu Pak wahab baru berusia 14 tahun.

“Wahab Cincaluk ketika itu sangat masyhur di Kelantan dan pernah mendapat anugerah daripada Sultan Kelantan. Selepas tamat belajar, saya berguru pula dengan seorang lagi guru yang bernama Pak Kop Kecik di Tawang, Kelantan. Pak Kop adalah merupakan anak murid Pahlawan Melayu yang terkenal Panglima Mat Kilau. Arwah Pak Kob belajar terus dengan Panglima Mat Kilau.

“Tidak lama selepas itu saya berhijrah pula ke Redang, Besut di mana saya berguru pula dengan arwah Pak Cik Soh, yang merupakan satu perguruan dengan Mat Kilau.

Beliau mengajar saya sejenis silat yang dikenali sebagai “Tarian Menabur Bayang”, yang bermakna gerakan badan dan bayang kita tidak ada sempadan,” jelasnya.

Setelah tamat berguru dengannya Pak Wahab pergi semula ke Kelantan untuk menambah pengetahuan silat saya daripada seorang lagi guru silat di situ yang bernama Tok Amat Jerat. Selepas tamat, beliau pergi pula ke Melaka dan belajar silat di sana selama enam bulan setengah dengan Pak Cik Mokhtar yang merupakan seorang guru silat keturunan Jawa.

“Ketika itu, anak muridnya seramai 480 orang. Selepas katam pengajian di situ, saya berhijrah pula ke Kota Tinggi , Johor untuk mempelajari silat warisan Laksamana Bentan, dengan arwah Haji Ghazali. Ketika itu saya berusia 17 tahun. “Selepas tamat, saya pulang semula ke kampung. lidak lama selepas itu saya pergi ke Indonesia dan belajar silat yang dikenali sebagai Silat Pewaris selama 41 hari di Surabaya. Selepas itu guru saya itu menghantar anak muridnya tinggal di Tasik Cini.

"Saya pergi ke Surabaya dengan kawan-kawan naik perahu dan kemudian naik kapal hingga sampai ke sana. Selepas itu saya pulang menyambung lagi pengajian saya dengan anak murid guru saya itu di Tasik Cini. Selepas itu saya mendirikan rumah tangga,” tegas Pak Wahab. Walaupun sudah mempelajari pelbagai ilmu persilatan yang terkenal ketika itu, sehinggalah mendalami ilmu persilatan daripada anak murid, malah rakan seperguruan Mat Kilau, Pak Wahab masih mahu menambah ilmunya sebanyak mungkin. 



Berbekalkan semua ilmu yang dituntut daripada guru-guru silat sebelumnya, beliau meneruskan pencarian ilmu persilatan ini di Kelana Lapan di alam ghaib. Kemudiannya Pak Wahab dapat bertemu dengan guru sebenarnya di Ciku Lapan, Kelantan. Di situ terdapat dua orang guru yang mempunyai kaitan sepupu - seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Di sini saya telah membuat perjanjian dengan guru berkenaan bahawa saya mesti merahsiakan nama sebenarnya daripada sesiapa sekalipun. Selepas selesai belajar, mereka membenarkan saya mengajar dan nama persilatan saya Seni Silat Gayung Ghaib Gadiwat Pancapurba Gerakan Sembilan,” jelas Pak Wahab.

Buat masa ini Pak Wahab meluahkan ilmu persilatannya di beberapa tempat termasuk di sekolah, dengan mengajar pelbagai jurus persilatan yang diwarisnya seperti Sepelet Minangkabau, Seni Gayung Mas Sembilan serta Seni Gayung Ghaib Gadiwat Pancapurba Gerakan Sembilan.


p/s: kisah yg diceritakan telah diringkaskan untuk memudahkan pembaca memahami dan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. (Petikan dari Majalah Seni Beladiri)

Saudara Azlan (Imam Gelanggang)



Saudara Azlan (Putera Guru) adalah murid kepada Guru Utama Abdul Wahab Osman dan kini menjadi Imam Gelanggang di Kerteh, Kemaman, Terengganu. Gelanggangnya diberi nama Gelanggang Putera Guru.

Telah mempelajari Seni Silat Gayung Ghaib Gadiwat Panca Purba (Silat Panca Purba) semenjak tahun 1997 ketika beliau masih menuntut di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu. Pada ketika itu Gelanggang Sekolah itu dibuka dan dikendalikan oleh Cikgu Saufi Mustafa yang juga anak murid kepada guru utama silat ini (Guru Abdul Wahab Osman).

Sebelum belajar silat di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, beliau terlebih dahulu mempelari silat gayong (Sekolah Menengah Kerteh) dan pusaka gayung (Machang, Kelantan) sehingga lulus kursus Gurulatih di Kota Bharu, Kelantan.

Apabila masuk ke Sekolah Teknik, beliau berjumpa dengan Cikgu Saufi yang juga gurulatih Gayong sebelum belajar dengan Guru Abdul Wahab Osman.

Menurut Guru Abdul Wahab Osman, di gelanggang Sekolah Teknik inilah tapak pertama pengajaran Silat Panca Purba. Yang mana anak murid beliau seramai 40 orang telah mempelajari silat ini dengan beliau.

Setelah 2 tahun Saudara Azlan belajar silat dengan Cikgu Saufi & Guru Abdul Wahab Osman, beliau melanjutkan pelajaran akademik ke peringkat diploma di Politeknik Seberang Perai. Kerana minatnya yang mendalam dalam dunia persilatan, beliau telah mencari beberapa orang guru di sebelah utara semenanjung untuk mendalami ilmu silat. Telah merantau keseluruh negeri Kedah, Pulau Pinang & Perak untuk bertemu dan berdepan serta bersemuka dengan guru-guru tua di sana.

Dan berkat kegigihan dan kesungguhan, beliau bertemu beberapa orang guru lama dan mempelajari pelbagai jenis ilmu persilatan dan seni mempertahankan diri lain seperti taekwondo, karate & seni pedang samurai.

Semakin lama belajar dan semakin ramai guru-guru tua di sana, rasa kurang puas di hatinya membuak-buak kerana bagi beliau, tiada satu pun seni mempertahankan diri yang dirasakan putus penyampaian dan silsilahnya (beliau menekankan ini hanya pandangan peribadinya semata-mata). Beliau yang pada masa yang sama telah berguru dengan beberapa guru agama dan mursyid sufi di utara.

Seramai mana guru ditemui, Silat Panca Purba juga sentiasa melekat di hatinya.

Perangai buruk pada dirinya adalah selalu meminta berlawan dengan mana-mana guru yang ingin beliau belajar dengannya. Dan akan belajar apabila kalah bertarung. Sehingga pada pertemuan dengan seorang guru tua di Kuala Kangsar, Perak. Beliau bersama 2 rakannya yang datang untuk bertemu dan berguru dengan guru tua tersebut dan berumur lingkungan 60 tahun. Dipendekkan cerita, beliau bertarung dan kalah dalam pertarungan tersebut tanpa sempat mengelak dan berkelip. 2 rakannya yang menyaksikan peristiwa tersebut terkejut dan menyatakan tidak tahu apa yang berlaku. Akibat pertarungan tersebut beliau mengalami luka-luka kecil di badan dan kulit beliau terhiris-hiris seperti dikelar dengan pisau belati. Dengan segera guru tua tersebut mengajaknya ke dapur dan memberi minum air jampi. Guru tua tersebut menggiling-gilingkan kepalanya banyak kali. Dan pada waktu malamnya ketika 2 rakannya nyenyak tidur, beliau telah dipanggil oleh guru tua tersebut dan diajarkan beberapa ilmu. Apabila beliau bangun paginya, luka di badannya telah tiada. Pembelajaran dengan guru tersebut berlangsung hanya sehari. Keesokannya beliau pulang ke Pulau Pinang bersama rakan-rakannya.

Selepas dari peristiwa tersebut, beliau tidak lagi mencabar mana-mana pesilat atau ahli senibela diri lain. Keinsafan dan kekesalan timbul.

Setelah habis belajar di Pulau Pinang, Saudara Azlan bekerja di Kuala Lumpur. Di sana juga beliau turut mempelajari seni silat dengan beberapa guru tua di sekitar Lembah Kelang. Ketika di Kuala Lumpur, beliau begitu aktif dengan band "underground" tetapi tidak pernah melupakan pesanan gurunya supaya sentiasa menuntut ilmu.

Pernah sekali beliau bersama beberapa rakannya dikepung kongsi gelap yang jumlahnya melebihi 100 orang dan bersenjata parang dan pistol. Kerana tidak tahu berbuat apa-apa, beliau hanya mampu berdoa kepada Allah SWT dan beliau bersama rakan-rakanya terselamat.

Selepas berlaku beberapa peristiwa lagi di Kuala Lumpur, beliau pulang kembali ke Terengganu dan menyambung kembali pengajian seni silat dengan guru utama Silat Panca Purba iaitu Guru Abdul Wahab Osman setelah "terpisah" beberapa tahun. Sehingga satu hari Guru Abdul Wahab mengamanahkan beliau untuk membuka gelanggang di Kerteh, Kemaman, Terengganu. Sehingga kini beliau masih belajar dan terus belajar...

Monday 2 June 2008

wali sembilan



Dari sejumlah sunan, terdapat 9 orang yang paling terkenal diantara mereka yang dikenal dengan sebutan Walisongo, iaitu dari kata wali(bahasa Arab, yang berarti wakil), dan songo (bahasa Jawa, yang berarti sembilan). Mereka dianggap sebagai mubaligh agung, baik dari segi ilmu agama Islam mahupun segala jasa dan karamahnya terhadap kehidupan masyarakat dan wilayah tadbirnya. Berikut ini adalah 9 wali yang secara umum dianggap sebagai Walisongo tersebut:


Segala berita dan cerita mereka ini selalu sahaja dikaitkan dengan kemistikan dan keramat, maka itu adalah kebenaran ilmu Tuhan yang ingin menundukkan kekuatan sihir yang pada ketika itu terlalu kuat di bumi nusantara. Maka Tuhan membukakan jalan keramat untuk mereka menundukkan kesyirikan yang berlaku ketika itu.

Jadi janganlah sekali-kali kita semua taksub dengan keramat dan kesaktian Wali songo ini. Sentiasalah berserah diri kepada Allah SWT Tuhan sekalian alam yang memiliki keagungan yang tiada tandingan di alam ini.

Kenangkanlah peristiwa di mana apabila Rasulullah SAW wafat, Saidina Umar menjerit dan melaungkan "Barangsiapa yang mengatakan Rasulullah SAW telah wafat, aku akan pancung lehernya!".

Saidina Abu Bakar tahu perasan Saidina Umar yang tidak dapat menerima kehilangan Rasul. Dia sendiri sedang bergelut dengan kesedihan yang amat dalam. Lalu dia pun berseru dengan nyaring. Seruan itu ditujukan kepada semua yang hadir terutama kepada Umar.
“Barang sesiapa menyembah Nabi Muhammad SAW, sesungguhnya Rasulullah benar-benar telah wafat. Dan barang siapa menyembah Allah, maka Allah tidak pernah mati dan abadi selama-lamanya.”

Kemudian beliau membacakan sebuah firman Allah dalam Al-Quran:
“Dan tidaklah Muhammad itu kecuali seorang Rasul. Sudah berlalu rasul-rasul lain sebelumnya. Kerana itu, apakah jika Muhammad meninggal dunia atau terbunuh, kamu akan murtad dan kembali kepada agama nenek moyang kamu? Sungguh barang siapa murtad kembali kepada agama nenek moyang, tidak sedikit pun menimbulkan kerugian kepada Allah SWT. Dan Allah akan menganjarkan pahala bagi orang-orang yang bersyukur.”

(Ali Imran:144) 


Oleh itu buangkan segala ketaksuban kepada makhluk, kerana setiap makhluk akan binasa. Sedangkan yang abadi tetap Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Mengetahui.

Tidak salah untuk memandang kewalian dan kealiman seseorang. Pandanglah dengan matahati yang berhakikat serta disulami dengan perbuatan syariat yang bersangatan banyaknya. Mohonlah kepada Allah SWT supaya dilimpahkan keimanan dan ketaqwaan ke dalam hati kita sebagaimana yang telah Allah SWT limpahkan ke dalam hati kekasih-kekasihNya.





Powered By Blogger