KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA.
(¯`·¦·•~Menyambung Warisan, Mengekal Bangsa, Menegak Agama~•·¦·´¯)

Thursday 5 June 2008

Saudara Azlan (Imam Gelanggang)



Saudara Azlan (Putera Guru) adalah murid kepada Guru Utama Abdul Wahab Osman dan kini menjadi Imam Gelanggang di Kerteh, Kemaman, Terengganu. Gelanggangnya diberi nama Gelanggang Putera Guru.

Telah mempelajari Seni Silat Gayung Ghaib Gadiwat Panca Purba (Silat Panca Purba) semenjak tahun 1997 ketika beliau masih menuntut di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu. Pada ketika itu Gelanggang Sekolah itu dibuka dan dikendalikan oleh Cikgu Saufi Mustafa yang juga anak murid kepada guru utama silat ini (Guru Abdul Wahab Osman).

Sebelum belajar silat di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, beliau terlebih dahulu mempelari silat gayong (Sekolah Menengah Kerteh) dan pusaka gayung (Machang, Kelantan) sehingga lulus kursus Gurulatih di Kota Bharu, Kelantan.

Apabila masuk ke Sekolah Teknik, beliau berjumpa dengan Cikgu Saufi yang juga gurulatih Gayong sebelum belajar dengan Guru Abdul Wahab Osman.

Menurut Guru Abdul Wahab Osman, di gelanggang Sekolah Teknik inilah tapak pertama pengajaran Silat Panca Purba. Yang mana anak murid beliau seramai 40 orang telah mempelajari silat ini dengan beliau.

Setelah 2 tahun Saudara Azlan belajar silat dengan Cikgu Saufi & Guru Abdul Wahab Osman, beliau melanjutkan pelajaran akademik ke peringkat diploma di Politeknik Seberang Perai. Kerana minatnya yang mendalam dalam dunia persilatan, beliau telah mencari beberapa orang guru di sebelah utara semenanjung untuk mendalami ilmu silat. Telah merantau keseluruh negeri Kedah, Pulau Pinang & Perak untuk bertemu dan berdepan serta bersemuka dengan guru-guru tua di sana.

Dan berkat kegigihan dan kesungguhan, beliau bertemu beberapa orang guru lama dan mempelajari pelbagai jenis ilmu persilatan dan seni mempertahankan diri lain seperti taekwondo, karate & seni pedang samurai.

Semakin lama belajar dan semakin ramai guru-guru tua di sana, rasa kurang puas di hatinya membuak-buak kerana bagi beliau, tiada satu pun seni mempertahankan diri yang dirasakan putus penyampaian dan silsilahnya (beliau menekankan ini hanya pandangan peribadinya semata-mata). Beliau yang pada masa yang sama telah berguru dengan beberapa guru agama dan mursyid sufi di utara.

Seramai mana guru ditemui, Silat Panca Purba juga sentiasa melekat di hatinya.

Perangai buruk pada dirinya adalah selalu meminta berlawan dengan mana-mana guru yang ingin beliau belajar dengannya. Dan akan belajar apabila kalah bertarung. Sehingga pada pertemuan dengan seorang guru tua di Kuala Kangsar, Perak. Beliau bersama 2 rakannya yang datang untuk bertemu dan berguru dengan guru tua tersebut dan berumur lingkungan 60 tahun. Dipendekkan cerita, beliau bertarung dan kalah dalam pertarungan tersebut tanpa sempat mengelak dan berkelip. 2 rakannya yang menyaksikan peristiwa tersebut terkejut dan menyatakan tidak tahu apa yang berlaku. Akibat pertarungan tersebut beliau mengalami luka-luka kecil di badan dan kulit beliau terhiris-hiris seperti dikelar dengan pisau belati. Dengan segera guru tua tersebut mengajaknya ke dapur dan memberi minum air jampi. Guru tua tersebut menggiling-gilingkan kepalanya banyak kali. Dan pada waktu malamnya ketika 2 rakannya nyenyak tidur, beliau telah dipanggil oleh guru tua tersebut dan diajarkan beberapa ilmu. Apabila beliau bangun paginya, luka di badannya telah tiada. Pembelajaran dengan guru tersebut berlangsung hanya sehari. Keesokannya beliau pulang ke Pulau Pinang bersama rakan-rakannya.

Selepas dari peristiwa tersebut, beliau tidak lagi mencabar mana-mana pesilat atau ahli senibela diri lain. Keinsafan dan kekesalan timbul.

Setelah habis belajar di Pulau Pinang, Saudara Azlan bekerja di Kuala Lumpur. Di sana juga beliau turut mempelajari seni silat dengan beberapa guru tua di sekitar Lembah Kelang. Ketika di Kuala Lumpur, beliau begitu aktif dengan band "underground" tetapi tidak pernah melupakan pesanan gurunya supaya sentiasa menuntut ilmu.

Pernah sekali beliau bersama beberapa rakannya dikepung kongsi gelap yang jumlahnya melebihi 100 orang dan bersenjata parang dan pistol. Kerana tidak tahu berbuat apa-apa, beliau hanya mampu berdoa kepada Allah SWT dan beliau bersama rakan-rakanya terselamat.

Selepas berlaku beberapa peristiwa lagi di Kuala Lumpur, beliau pulang kembali ke Terengganu dan menyambung kembali pengajian seni silat dengan guru utama Silat Panca Purba iaitu Guru Abdul Wahab Osman setelah "terpisah" beberapa tahun. Sehingga satu hari Guru Abdul Wahab mengamanahkan beliau untuk membuka gelanggang di Kerteh, Kemaman, Terengganu. Sehingga kini beliau masih belajar dan terus belajar...

3 comments:

Panca Purba said...

heheheheh

admin said...

menarik kisah sdr putera guru..ingin skali hamba bertemu mata dengan tuan hamba mendengar kisah2 dan pengalaman tuan hamba..insya allah.

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan.macamana nak hubungi saya ingin mempelajari silat.dapat maklumat kewujudan silat datang dari guru ghaib yg beritahu.no saya 01136529223 azlee

Powered By Blogger