KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA.
(¯`·¦·•~Menyambung Warisan, Mengekal Bangsa, Menegak Agama~•·¦·´¯)

Thursday, 5 June 2008

GURU UTAMA : ABDUL WAHAB OSMAN (AHMAD SAGARWATI)

Tidak ramai guru silat yang kita dengar menghabiskan masa kanak-kanak, remaja dan usia dewasanya semata-mata untuk menimba ilmu persilatan sama ada di tempat sendiri, merantau ke negeri lain, malah hingga ke negara jiran tetangga. Walaupun, mungkin bilangannya tidak seberapa. Mereka ini adalah merupakan generasi yang benar-benar mahu mempertahankan warisan silat bangsa agar ianya tidak pupus di telah zaman. 


Seorang daripadanya ialah Abdul Wahab Osman, guru utama Seni Silat Gayung Ghaib gadiwat pancapurba Gerakan Sembilan. Beliau mempelajarinya di Ciku Lapan, Kelantan secara memasuki ke alam ghaib dan melakukan amal di sana.Dan situ akan muncul guru yang mengajar silat berkenaan. Mereka yang diterima diajar ilmu persilatan mi adalah mereka yang bersih dan suci dirinya. 



(Beliau menegaskan di sini bahawa setiap pengajaran yang melibat guru ghaib ataupun alam ghaib mestilah berpandukan kepada guru zahir. Jangan sesekali berguru dengan guru ghaib tanpa ada guru zahir sebagai rujukan)
Pak Wahab yang kini berusia dalam Iingkungan 50 tahun mewarisi silat ini selepas berpuluh-puluh tahun menghabiskan masa kanak-kanak, remaja dan dewasanya mempelajari pelbagai jenis silat yang terdapat di Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka dan Surabaya Indonesia.
Pembabitan Pak Wahab dalam dunia persilatan ini bermula sejak berusia 10 tahun lagi apabila beliau mempelajari Silat Sepelet Minangkabau daripada arwah guru utamanya yang bernama Haji Mohamad Abdullah.
“Ketika itu saya merupakan anak angkat Haji Mohamad dan tinggal bersamanya di Kemaman. Di daerah Kemaman ketika itu memang tidak orang lain, beliaulah yang mewarisi turun temurun Silat Sepelet Minangkabau,” katanya.

Selepas dua tahun belajar dengan Haji Mohamad, Pak Wahab merantau ke Negeri Kelantan. Di sana beliau belajar Boxing Siam di Bukit Abbas dengan seorang guru yang terkenal dengan panggilan Daud Boxing Siam. Selepas tamat belajar dengan guru Daud beliau belajar pula dengan seorang lagi guru yang digelar Wahab Kamkam atau Wahab Cincaluk. Ketika itu Pak wahab baru berusia 14 tahun.

“Wahab Cincaluk ketika itu sangat masyhur di Kelantan dan pernah mendapat anugerah daripada Sultan Kelantan. Selepas tamat belajar, saya berguru pula dengan seorang lagi guru yang bernama Pak Kop Kecik di Tawang, Kelantan. Pak Kop adalah merupakan anak murid Pahlawan Melayu yang terkenal Panglima Mat Kilau. Arwah Pak Kob belajar terus dengan Panglima Mat Kilau.

“Tidak lama selepas itu saya berhijrah pula ke Redang, Besut di mana saya berguru pula dengan arwah Pak Cik Soh, yang merupakan satu perguruan dengan Mat Kilau.

Beliau mengajar saya sejenis silat yang dikenali sebagai “Tarian Menabur Bayang”, yang bermakna gerakan badan dan bayang kita tidak ada sempadan,” jelasnya.

Setelah tamat berguru dengannya Pak Wahab pergi semula ke Kelantan untuk menambah pengetahuan silat saya daripada seorang lagi guru silat di situ yang bernama Tok Amat Jerat. Selepas tamat, beliau pergi pula ke Melaka dan belajar silat di sana selama enam bulan setengah dengan Pak Cik Mokhtar yang merupakan seorang guru silat keturunan Jawa.

“Ketika itu, anak muridnya seramai 480 orang. Selepas katam pengajian di situ, saya berhijrah pula ke Kota Tinggi , Johor untuk mempelajari silat warisan Laksamana Bentan, dengan arwah Haji Ghazali. Ketika itu saya berusia 17 tahun. “Selepas tamat, saya pulang semula ke kampung. lidak lama selepas itu saya pergi ke Indonesia dan belajar silat yang dikenali sebagai Silat Pewaris selama 41 hari di Surabaya. Selepas itu guru saya itu menghantar anak muridnya tinggal di Tasik Cini.

"Saya pergi ke Surabaya dengan kawan-kawan naik perahu dan kemudian naik kapal hingga sampai ke sana. Selepas itu saya pulang menyambung lagi pengajian saya dengan anak murid guru saya itu di Tasik Cini. Selepas itu saya mendirikan rumah tangga,” tegas Pak Wahab. Walaupun sudah mempelajari pelbagai ilmu persilatan yang terkenal ketika itu, sehinggalah mendalami ilmu persilatan daripada anak murid, malah rakan seperguruan Mat Kilau, Pak Wahab masih mahu menambah ilmunya sebanyak mungkin. 



Berbekalkan semua ilmu yang dituntut daripada guru-guru silat sebelumnya, beliau meneruskan pencarian ilmu persilatan ini di Kelana Lapan di alam ghaib. Kemudiannya Pak Wahab dapat bertemu dengan guru sebenarnya di Ciku Lapan, Kelantan. Di situ terdapat dua orang guru yang mempunyai kaitan sepupu - seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Di sini saya telah membuat perjanjian dengan guru berkenaan bahawa saya mesti merahsiakan nama sebenarnya daripada sesiapa sekalipun. Selepas selesai belajar, mereka membenarkan saya mengajar dan nama persilatan saya Seni Silat Gayung Ghaib Gadiwat Pancapurba Gerakan Sembilan,” jelas Pak Wahab.

Buat masa ini Pak Wahab meluahkan ilmu persilatannya di beberapa tempat termasuk di sekolah, dengan mengajar pelbagai jurus persilatan yang diwarisnya seperti Sepelet Minangkabau, Seni Gayung Mas Sembilan serta Seni Gayung Ghaib Gadiwat Pancapurba Gerakan Sembilan.


p/s: kisah yg diceritakan telah diringkaskan untuk memudahkan pembaca memahami dan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. (Petikan dari Majalah Seni Beladiri)

3 comments:

PIJOE said...

Salam, Saya tertarik dgn tulisan dlm tajuk Guru Utama.. sesungguhnya sy mengenali ayahanda Wahab Osman ini dan pernah bergendang dgn beliau pada suatu ketika dahulu (waktu sy masih belasan tahun). Sebenarnya Silat spelet minangkabau mempunyai ramai pengamalnya di kemaman dan tidak lah benar jika arwah guru utama silat spelet minangkabau iaitu Hj. Mohamad Abdullah ( Hj Mat ) hanya menurunkan ilmu kepada Ayahanda Wahab sahaja. Ada beberapa guru2 lain yg turut belajar dgn arwah Hj. Mat. Antaranya ialah Arwah Poksu Mat Hassan Injin Gergaji, Arwah Ayahanda Embong Bin Sahi, Ayahanda Poksu HAssan Dusun Nyior, Ayanhda Sarah Bukit Mentok dan ramai lagi. CUba selidik dgn lebih mendalam akan perihal ini. Sampaikan salam hamba kepada Ayahanda Wahab.. daripada Anakanda sealiran spelet minagkabau titih menitih generasi ke dua dan katakan hamba juga adalah titih menitih daripada arwah Embong bin Sahi, Arwah Pok Su Mat Hassan dan Ayahanda Hassan Din Dusun Nyior. Wassalam...

PIJOE said...

Salam, Saya tertarik dgn tulisan dlm tajuk Guru Utama.. sesungguhnya sy mengenali ayahanda Wahab Osman ini dan pernah bergendang dgn beliau pada suatu ketika dahulu (waktu sy masih belasan tahun). Sebenarnya Silat spelet minangkabau mempunyai ramai pengamalnya di kemaman dan tidak lah benar jika arwah guru utama silat spelet minangkabau iaitu Hj. Mohamad Abdullah ( Hj Mat ) hanya menurunkan ilmu kepada Ayahanda Wahab sahaja. Ada beberapa guru2 lain yg turut belajar dgn arwah Hj. Mat. Antaranya ialah Arwah Poksu Mat Hassan Injin Gergaji, Arwah Ayahanda Embong Bin Sahi, Ayahanda Poksu HAssan Dusun Nyior, Ayanhda Sarah Bukit Mentok dan ramai lagi. CUba selidik dgn lebih mendalam akan perihal ini. Sampaikan salam hamba kepada Ayahanda Wahab.. daripada Anakanda sealiran spelet minagkabau titih menitih generasi ke dua dan katakan hamba juga adalah titih menitih daripada arwah Embong bin Sahi, Arwah Pok Su Mat Hassan dan Ayahanda Hassan Din Dusun Nyior. Wassalam...

Putera Guru said...

Saudara Pijoe, penceritaan ini berdasarkan pengalaman Pak Wahab yang menjadi anak angkat Hj. Mat sejak dari kecil lagi. Sehinggalah beliau menyambung pelajaran ke pondok & persilatan menghala ke utara pantai timur. Beliau menggambarkan situasi waktu itu. Sewaktu beliau bersama Hj. Mat & selepas beliau menyambung pelajaran, masih ada ramai lagi yang berguru dengan Hj. Mat. Nama-nama yang tuan sebut juga biasa kami dengar. Alhamdulillah kerana saudara sudi menegur kami. Semoga tali kasih-sayang antara kita terbina dengan lebih mendalam memandang kita juga mempunyai susur galur yang ada percantuman. Semoga Allah SWT menambahkan rasa cinta dalam hati kita supaya lebih dekat kepadaNya. Dengan kasih-sayang dari saudara2, kekanda2 & Ayahanda2 semua, InsyaAllah keberkatan akan melimpah dalam tali persaudaraan kita. Jika masih ada yang tersimpul, sama-sama kita leraikan. Segala kemusykilan sama2 kita selesaikan. InsyaAllah...