KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA.
(¯`·¦·•~Menyambung Warisan, Mengekal Bangsa, Menegak Agama~•·¦·´¯)

Tuesday, 9 February 2010

Berdepan Hanuman

Pada hari Isnin malam Selasa minggu lepas (1hb Febuari 2010 bersamaan 17 Safar 1431), kami (Saya dan Saudara Hafiz) telah dijemput untuk menghadiri dan mengetuai 'majlis naik rumah baru' salah seorang dari sahabat kami di Kg. Baru Kerteh. Majlis ini diadakan kerana beliau baru sahaja berpindah ke rumah baru beliau yang baru siap pembinaannya. Lokasi rumahnya yang berdekatan dengan bukit dan kawasan sungai serta asalnya kawasan hutan. Di samping itu kami juga turut diminta untuk menyempurnakan majlis doa selamat dan tahlil. 

Kerana tiada sebarang tanggungjawab lain pada waktu yang ditetapkan itu, maka kami dapat menghadirinya dan dapat menyempurnakan hajatnya. 

Alhamdulillah dengan keizinan Allah SWT dan syafaat Rasulullah SAW segalanya sempurna. Tiada gangguan yang berat berlaku semasa majlis berlangsung. Cuma ada seketika sewaktu kami hendak 'mengunci' semua pintu masuk ke dalam rumah tersebut ada 'tetamu' tak diundang datang untuk penonton. Saya dengan segera menanyakan hal tersebut kepada sahabat saya, Hafiz. Beliau juga mengatakan hal yang sama. 'Tetamu' tersebut dari kalangan jin yang tinggal di bukit berhampiran.

Saya menyerahkan kepada Hafiz untuk mengarahkan 'mereka' keluar dari kawasan rumah tersebut.

Kebiasaannya golongan jin ni sangat suka kepada majlis-majlis sebegini. Bagi mereka ibarat satu pesta keramaian sedang berlangsung. Jadi mereka datang beramai-ramai untuk menyaksikan sendiri sebagai manusia biasanya berpusu-pusu pergi ke tapak funfair. Begitulah perumpamaan yang dapat saya nyatakan untuk membuatkan kita semua faham.

Majlis yang bermula selepas sembahyang Isyak ini berlangsung sehingga pukul 1 pagi. Setelah selesai semuanya, kami pun pulang ke rumah masing. Sewaktu dalam kereta saya sempat berkata kepada Hafiz bahawa kami kena buat 'Post-Mortem' pasal majlis hari ni. Beliau hanya bersetuju dengan kata-kata saya.

Selepas 3 hari dari majlis tersebut. Saya mendapat alamat. Bahawa ada penghuni asal dari kalangan jin di tapak rumah tersebut. Dan yang paling mengejutkan saya, ada juga dewa hindu tua yang menjaga tempat tersebut (melihat pada rupanya kemungkinan berumur ribuan tahun). Kes pertama dalam sejarah saya dalam bidang ilmu perubatan alternatif berdepan dengan jenis dewa ni. Rupanya yang berwajah kera bertongkat dan berbulu putih dan kadang-kadang berubah menjadi hitam membuatkan saya tertanya-tanya dewa apakah ini, mungkinkah hanuman?. 

Setelah saya mendekatinya, dia mengangkat dirinya dan menjeling ke arah saya dan berlalu pergi. Sewaktu ia bangun, bertukar rupanya yang kemudian menyatakan dirinya berjubah kuning, ikat kepala kuning, menggalas beg azimat dibelakangnya dan bertongkat. Saya memanggilnya dan bertanya ia hendak ke mana? Ia seolah kecewa dengan saya dan hilang dibawa angin dan berkata dengan suara ghaib, "kau telah halau aku, aku kena cari tempat lain lah". 

Saya kemudiannya merujuk kepada guru saya tentang alamat yang saya terima ini. Beliau menyatakan tempat tersebut dijaga oleh dewa itu iaitu Dewa Hanuman Kera Putih. Dan kerana barang yang baharu tidak boleh melanggar hakikat, maka ia terpaksa beralah. Walaupun Dewa ini mempunyai hikmat dan kekuatan yang bersangatan hebat. Namun apabila berdepan hakikat, ia alah dan berundur.
(Putera Guru)



Gambaran Artis Hindu mengenai 
Dewa Hanuman Kera Putih.


No comments:

Powered By Blogger