Sheikh al-Hafiz Abu Isa Muhammad Ibnu Isa Tirmizi telah berkata :
“Adalah di luar kemampuan manusia untuk membuat gambaran mengenai rupa paras dan bentuk tubuh yang mulia Rasulullah S.A.W , jauh dari kesanggupan sesiapapun untuk menceritakan insan yang penuh cahaya ini. Walau bagaimanapun sahabat r.a , disebabkan jiwa mereka yang bercahaya dan mempunyai kesanggupan telah cuba menggambarkan rupa paras serta susuk tubuh yang mulia ini , agar dapat memberikan bayangan kepada kita seterusnya memuaskan hati kita dengannya”
Wajah dan perwatakan Rasullah (s.a.w) dari riwayat Hind Halah
Cucunda Rasullah (s.a.w) Hasan (r.a) baru sahaja berumur tujuh tahun ketika wafatnya Rasullah (s.a.w).Beliau juga berkata; “Daku bertanya daripada bapa saudaraku (sebelah ibu) Hind ibn Abi Halah mengenai wajah dan perwatakan Rasulullah (s.a.w), kerana beliau selalu menerangkan secara terperinci.Daku berharap beliau juga dapat menerangkan sifat-sifatnya yang mulia kepadaku agar dapat kujadikan penerangan itu sebagai bukti dan hujjah bagi diriku dan setelah dapat membenamkan sifat-sifat yang mulia tersebut di dalam ingatanku ,akan daku usahakan sedaya upayaku untuk diamalkan .Maka beliau, Hind (r.anha) berkata:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم فَخْمًا مُفَخِّمًا, يَتَلألأ وَجْهَهُ تَلألُؤَ القَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ,أَطْوَلَ مِنَ المَرْبُوْعِ, أَقْصَرَ مِنَ المُشَذَّبِ, عَظِيْمَ الْهَامَةِ, رِجِلَ الشَّعْرِ, إن انْفَرَقَتْ عَقِيْقَتُهُ فَرَقَهَا, وَإِلا فَلا يُجَاوِزُ شَعْرُهُ شَحْمَةَ أُذُنَيْهِ, إِذَا هُوَ وَفَّرَهُ, أَزْهَرَ اللَّوْنِ يُجَاوِزُ شَعْرُهُ شَحْمَةَ أُذُنَيْهِ, إِذَا هُوَ وَفَّرَهُ, أَزْهَرَ اللَّونِ, وَاسِعَ الجَبِيْنِ, أَزَجَّ الحَوَاجِبِ سَوَابِغَ فِيْ غَيْرِ قَرَنٍ بَيْنَهُمَا عِرْقٌ يَدُرُّهُ الغَضَبُ؛ أَقْنَى الْعِرِنِيْنَ, لُهُ نُوْرٌ يَعْلُوْهُ يَحْسَبُهُ مَنْ لَمْ يَتَأَمْلُهُ أَشَمَ, كَثَّ اللِحْيَةِ, سَهْلَ الخَدَّيْنِ, ضَلِيْعَ الفَمِ مُفْلِجَ الأَسْنَانِ دَقِيْقَ المَسْرَبَةِ كَأَنَّ عُنَّقَهُ جَيْدُ دَمِيَةِ فِى صَفَاءِ الفِضَّةِ, مُعْتَدِلَ الْخَلْقِ, بَادِنَ مُتَمَاسِك,ٍ سَوَاءَ الْبَطْنِ وَالصَّدْرِ, عَرِيْضَ الصَّدْرِ, بَعِيْدَ مَابَيْنَ المَنْكِبَيْنِ, ضَحْمَ الكَرَادِيْسِ, أَنْوَرَ المُتَجَرِّدِ, مَوْصُوْلَ مَابَيْنَ اللَّبَّةِ وَالسُّرَّةِ بِشَعْرٍ يَجْرِىْ كَالْخَطِّ ,عَارِيَ الثَّدْيَيْنِ وَالْبَطْنِ مِمَّا سِوَى ذَلِكَ, أَشْعَرَ الذِّرَاعَيْنِ وَالْمَنْكِبَيْنِ وَأَعَالِىَ الصَّدرِ, طَوِيْلَ الزَّنْدَيْنِ رَحْبَ الرَّاحَةِ شَشْنَ الكُفَّيْنِ وَالقَدَمَيْنِ, سَائِلَ الأَطْرَافِ, أَوْ قَالَ شَائِلَ الأَطْرَافِ خِمْصَانَ الأَخْمَصَيْنِ مَسِيْحَ القَدَمَيْنِ يَنْبُو عَنْهُمَا المَاءُ, إِذَا زَالَ زَالَ قَلْعًا, يَخْطُو تَكَفُّيَا وَيَمْشِى هَوْنًا؛ ذَرِيْعَ المِشْيَةِ إِذَا مَشَى كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ مِنْ صَبَبٍ؛ وَإِذَا التَفَتَ الْتَفَتَ جَمِيْعًا؛ خَافِضَ الطَّرْفِ؛ نَظَرَهُ إِلَى الأَرْضِ أَطْوَلُ مِنْ نَظْرِهِ إِلَى السَّمَاءِ؛ جَلُّ نَطْرِهِ المُلاحَظَةُ. يَسُوْقُ أَصْحَابَةُ, وَيَبْدَرَ مَنْ لَقِىَ بِالسَّلامِ.
"Baginda mempunyai sifat yang mulia pada pandangan orang-orang lain . Wajahnya bercahaya seperti bulan mengambang. Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana tetapi lebih rendah dari orang yang sangat tinggi . Kepalanya yang mulia sederhana besarnya. Walaupun besar tetapi sepadanlah dengan kekacakannya. Tidaklah begitu besar sehigga mencacatkan kekacakan wajahnya dan perwatakannya. Rambutnya yang mulia sedikit bergelombang(iaitu tidaklah lurus sangat). Baginda tidak mengambil berat untuk membelah rambutnya; jika rambutnya senang untuk di belah,maka baiklah keadaanya,jika tidak bagindapun tidak mamberikan tumpuan untuk melakukannya. Dalam hal yang demikian , baginda melakukannya mengikut masa dan keadaan. Jika setelah diminyaki rambutnya, baginda akan membelah rambutnya bilamana sikat diperolehi kemudiannya.
Bila rambut Rasullah(s.a.w) panjang,rambut baginda melepasi sedikit daripada cuping telinganya. Wajah baginda berseri-seri dan dahinya luas. Keningnya tipis dan melengkung dan tidak bertemu di antara keningnya terdapat satu urat yang akan timbul apabila baginda marah. Hidungnya yang mulia mancung dan bercahaya. Pada sekali pandang seorang pemerhati akan mendapati hidungnya besar tetapi apabila diperhatii secara halus maka dia akan mendapati bahawa hidungnya mancung adalah disebabkan cahaya dan bukanlah sebenarnya besar.
Janggutnya yang mulia berkedaan lebat. Anak matanya tersangat hitam. Pipinya rata(tidak cengkung), berisi tidak kendur atau mengelambir.
Mulut baginda sederhana luasnya (tidak sempit yang menjadikan rupa seseorang itu huduh); giginya kecil dan bercahaya (dan tidak besar). Di antara gig-gigi hadapannya terdapat sedikit jarak dan tidaklah rapat sangat antara satu sama lain. Satu garisan rambut halus membarisi daripada dada ke pusat.
Lehernya lurus dan cantik untuk dilihat seumpama besi yang tercanai dan warna kulitnya cerah seperti perak. Kesemua kaki dan tagannya berulas. Badannya tegap. Perut dan dadanya rata yakni tidak buncit yang boleh menyebabkan kesukaran sewktu berjalan. Dadanya bidang malahan agak lebar di antara kdua-dua bahunya. Tulang-tulang sendinya besar dan kuat (menunjukkan kekuatan). Apabila baginda membuka baju, badannya Nampak berkilat dan berkilau(bahagian yang terdedah juga nampak berkilat dan bersinar sebagaimana bahagian yang tertutup). Terdapat satu jaluran bulu di antara dada dan perut. Selain ini dada dan perutnya tidak mempunyai bulu tetapi bulu-bulu terdapat terdapat pada kedua-dua lengan, bahu dan bahagian atas dada. Pergelengan tangannya panjang dan tapak tangannya lebar. Kedu-dua kakinya berisi dan montok. Jari-jari tangan dan kakinya panjang setangkup(sama ukuran). Tapak kakinya dalam dan kakinya rata. Kakinya yang berkeadaan licin, menjadikan air berlalu tanpa melekat dan lantas mengalir terus . Apabila baginda berjalan, baginda akan menapak ke hadapan dengan tegap. Baginda berjalan agak membengkok ke hadapan sambil meletakkan kakinya ke tanah denagn lembut tanpa mennghentak. Baginda berjalan dengan langkah yang cergas dan bukan langkah pendek. Apabila baginda berjalan nampak seolah-oleh baginda menuruni bukit.
Apabila Rasullah(s.a.w) memberikan sesuatu perhatian, baginda akan memalingkan seluruh tubuhnya. Matanya yang mulia sentiasa ke bawah,kebanyakannya memandang kearah bumi daripada memandang ke langit. Memandang hanya dengan ekor mata sahaja. Apabila baginda(s.a.w) berjalan di kalangan sahabat-sahabatnya, baginda (s.a.w) aknan mendahului mereka. Baginda (s.a.w) akn mendahului memberi salam jika bertemu dengan orang ramai.”
Dinukilkan di dalam Sahih Abu Daud, baginda sering menarahkan pandangan ke langit. Tetapi tidak apa-apa pertelingkahan mengenai kedua-dua hadis. Tatkala menunggu wahju, baginda sering memandang ke langit dan ketika tidak ada wahyu biasanya baginda memandang ke bumi.
Menjadi suatu kebiasaan kepadanya melihat melalui sudut matanya, yakni disebabkan sifat baginda yang sangat pemalu dan sederhana. Baginda tidak merenung tepat pada seseorang.
Tatkala berjalan baginda membiarkan sahabat-sahabatnya berjalan dahulu daripadanya. Dan sesiapa yang ditemuinya di dalam perjalanan, maka beliaulah orang yang pertama sekali akan memberi salam.
Catatan 1
Perkataan تَكَفُّيَا telah digunakan untuk menjelaskan cara baginda berjalan Rasulullah s.a.w berjalan :
1. Baginda berjalan dengan pantas .
2. Baginda berjalan dengan keadaan tengkuknya dibengkukkan ke depan , dan
3. Baginda melangkah dengan teguh
Kesemua terjemahan adalah betul.Rasulullah s.a.w membengkukkan tengkuknya ke depan kerana tawaduk , berjalan dengan mantap dan teguh , tidak menonjolkan dadanya seumpama orang yang angkuh atau tidak berjalan menghela seumpama wanita dan tidak menjeling ke rumah orang lain.
Penjelasan
Semasa berjalan, orang-orang yang bersifat berani sentiasa mengangkat kaki mereka dengan teguh. Rasulullah S.A.W sangat menghargai masa , setiap detik dan minit bergerak dengan pantas, baginda tidak membazirkan masa seperti kebanyakan orang. Di samping itu , baginda sentiasa menundukkan pandangannya ke bawah ketika berjalan kerana malu untuk memandang kekurangan yang ada pada orang lain , maka dengan sebab itulah baginda berjalan dengan penuh bersederhana , takwa dan tawaduk.
Catatan 2
Ketika berjalan Rasulullah S.A.W akn berada di belakang sahabat-sahabatnya kerana sifat tawaduk dan kehambaan yang semulajadi. Adalah menjadi suatu adat dan kebiasaan orang duniawi yang bersikap angkuh dan ‘Ujub menganggap berjalan dihadapan orang lain sebagai suatu kemuliaan , mempunyai taraf dan bermaruah. Demikianlah para sahabat meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W berjalan di belakang orang lain.
Catatan 3
Semasa di dalam perjalanan , baginda akan berada di bahagian belakang dengan niat untuk menolong mereka yang memerlukan pertolongan . Jika ada barang-barang sahabat Yang tercicir di belakang , maka baginda akan mengambilnya bagi membantu sahabat-sahabatnya.
Penjelasan
1. al-‘Allamah al-Imam al Baijuri, di dalam kitabnya al Mawahib al Laduniah menyatakan bahawa malaikat-malaikat sentiasa berjalan di belakang Rasulullah S.A.W, jadi dengan demikian baginda akan membiarkan para sahabat berjalan di hadapan dan baginda akan berjalan di belakang.
2. Baginda adalah seorang pembimbing yang pengasih. Dengan keadaan pengikut-pengikutnya berada di bahagian hadapan maka dapatlah baginda menunjuk ajar kepada mereka yang kurang di dalam adab dan membetulkan segala kekurangan yang ada pada sebahagian daripada mereka.
Catatan 4
Perkataan yang terakhir daripada hadis tersebut ialah, baginda sentiasa mendahului orang lain member salam.
Penjelasan
1. Walaupun baginda bertemu kanak-kanak kecil, baginda akan memberi salam
Bukanlah seperti orang-orang yang angkuh dan bangga diri , yang hanya menanti salam daripada orang lain, sebaliknya baginda yang akan bersegera membari salam kepada orang lain apabila bertemu.
2. Memberi salam adalah sunat, menjawabnya adalah wajib. Tetapi di dalam hal ini, ganjaran pahala daripada sunat ini lebih besar nilainya dari wajib , maka dengan sebab itu baginda bersegera memberi salam.
3. Segala amalan yang disebutkan adalah dengan bertujuan untuk disemai kepada ummat. Semoga Allah Mengurniakan kepada kita rahmatNya untuk menuruti dan mengamalkan segala amalan tersebut. Amin
# petikan dari kitab Insan Teladan Sepanjang Zaman , Hadis –Hadis pilihan Syamail Tirmizi, karangan Mufti Ahmed Ibrahim Bemat.
Dicatat oleh Musafir Ilmu